Laman Utama

Jelajah Dakwah Pitas, Paitan dan Kota Marudu: Hari Kedua

Jelajah Dakwah Sabah Relief Hari Kedua di Kota Marudu

KOTA MARUDU, 27 Jun 2026 — Program Jelajah Dakwah Pitas, Paitan dan Kota Marudu memasuki hari kedua dengan meneruskan misi dakwah, pembangunan ummah dan kebajikan melalui pelbagai pengisian yang berlangsung di sekitar Sugut dan Kota Marudu.

Program pada sebelah pagi dimulakan dengan aktiviti menyantuni beberapa keluarga asnaf di sekitar Sugut. Rombongan Sabah Relief telah menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan serta usaha meringankan beban kehidupan mereka.

Ziarah kebajikan dan agihan bantuan asnaf di sekitar Sugut

Selepas Solat Zohor, program diteruskan dengan Program Tahsin Imam-Imam Daerah Kota Marudu yang menghimpunkan para imam dari sekitar daerah tersebut. Antara pengisian utama ialah slot khas yang disampaikan oleh YBhg. Ust. Haji Muhammad Akmal bin Othman Al Hafiz, yang memberikan bimbingan serta perkongsian ilmu dalam memperkasakan bacaan al-Quran dan meningkatkan kualiti imam dalam memimpin masyarakat.

Program Tahsin Imam-Imam Daerah Kota Marudu dipimpin oleh Ustaz Akmal

Pada sebelah malam, dua buah Kuliah Maghrib telah diadakan serentak di dua lokasi berasingan. Di Masjid At-Taqwa, Pekan Kota Marudu, kuliah telah disampaikan oleh YBhg. Ust. Haji Muhammad Akmal bin Othman Al Hafiz. Manakala di Masjid Al Shukri, Kampung Koronhkom, Kota Marudu, kuliah Maghrib telah disampaikan oleh YBhg. Ust. Tarmizi Yahya, Pengarah Urusan Sabah Relief.

Sesi Kuliah Maghrib serentak di dua buah masjid sekitar Kota Marudu

Program-program yang dilaksanakan sepanjang hari kedua ini mencerminkan komitmen Sabah Relief dalam memperkukuhkan dakwah, memperkasakan institusi masjid serta menyantuni masyarakat melalui pendekatan ilmu dan kebajikan yang berterusan.

Usaha pemantapan pengajian dan hubungan masyarakat oleh Sabah Relief

Sabah Relief merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penyumbang yang terus istiqamah menyokong usaha dakwah dan kebajikan yang dilaksanakan. Setiap sumbangan yang dihulurkan telah menjadi asbab terlaksananya pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya di kawasan pedalaman Sabah.

Penghargaan buat para penggerak dan dermawan jelajah dakwah
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan para penyumbang, mengurniakan keberkatan rezeki serta membalas setiap sumbangan dengan ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan akhirat.
“BERSAMA DENYUT NADI UMMAH”

#SabahRelief #ADAB #AkademiDakwahBorneo #PemerkasaanDakwah #KotaMarudu #Borneo #Dakwah #PendidikanIslam #BersamaDenyutNadiUmmah