Laman Utama

Keadaan selepas penutupan PPS yang menempatkan mangsa kebakaran Kg Bahagia

๐—ฃ๐—ฃ๐—ฆ ๐——๐—ถ๐˜๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ, ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต โ€” ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—”๐—ฝ๐—ฎ-๐—”๐—ฝ๐—ฎ
May 2, 2026 Sandakan, Sabah โ€” Selepas melalui detik hitam kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka, mangsa kebakaran di Kg Bahagia kini berdepan satu lagi realiti getir apabila kesemua lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup hari ini. Penutupan PPS tersebut menyaksikan ratusan penduduk kembali ke tapak kediaman masing-masing โ€” namun bukan untuk pulang ke rumah, sebaliknya untuk memulakan kehidupan dari kosong di kawasan yang masih berbekas kebakaran.

Mangsa mendirikan pondok sementara sebagai tempat berteduh

Tinjauan di lokasi mendapati, kebanyakan mangsa kini bergotong-royong mendirikan pondok-pondok sementara menggunakan bahan terhad seperti kayu, zink dan kanvas bagi dijadikan tempat berteduh. Berbeza dengan musibah banjir, di mana kebanyakan mangsa masih boleh kembali ke rumah setelah air surut dan membersihkan kediaman, kebakaran memusnahkan segalanya tanpa sisa.

Kebakaran memusnahkan keseluruhan kediaman tanpa sisa

Keadaan ini lebih mencabar bagi golongan wanita dan ibu yang mempunyai anak kecil. Seorang mangsa, seorang ibu muda, berkongsi dengan suara yang sebak:
โ€œKami balik siniโ€ฆ tapi tiada apa sudah. Rumah tiada, barang semua habis. Anak kecil pun terpaksa tidur di pondok macam iniโ€ฆ kalau hujan, kami pun tidak tahu macam mana.โ€
Seorang lagi mangsa lelaki pula berkata:
โ€œKalau banjir, kita masih boleh cuci rumah. Tapi iniโ€ฆ semua habis terbakar. Kami betul-betul mula dari kosong.โ€

Mangsa berkongsi pengalaman kehilangan segalanya

Dalam masa yang sama, pasukan Sabah Relief bersama rakan strategik terus menggerakkan operasi bantuan di lapangan. Bantuan yang disalurkan merangkumi keperluan asas seperti makanan, susu bayi, lampin pakai buang dan barangan keperluan wanita.

Agihan bantuan kepada mangsa oleh pasukan sukarelawan

Namun begitu, keperluan bantuan masih berada pada tahap kritikal. Fasa ini dilihat sebagai antara tempoh paling sukar kerana mereka perlu membina semula kehidupan dari awal tanpa sumber yang mencukupi.

Mangsa kini bergantung kepada bantuan luar untuk meneruskan kehidupan

Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk terus menyalurkan sumbangan bagi membantu mangsa bangkit semula. ๐Ÿ‘‰ ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ถ: ๐Ÿ‘‰ SUMBANG SEKARANG
๐Ÿ’ณ Atau pindahan bank:

๐Ÿฆ ๐— ๐—ฎ๐˜†๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ธ
5602 3212 7652
(Pertubuhan Penggerak Kebajikan & Dakwah Sabah)

๐Ÿ“ Rujukan: Kg Bahagia
๐Ÿ“ž ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป:
Ustaz Tarmizi: 013-898 5308 En Idris: 016 886 5471