๐ฅ๐ ๐ฏ๐ด,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐๐ถ๐๐ฎ๐น๐๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป, ๐ญ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐ฃ๐ฒ๐ธ ๐ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป โ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ฅ๐ฒ๐น๐ถ๐ฒ๐ณ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ ๐ ๐ถ๐๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ฑ๐๐ฎ
May 3, 2026
Sandakan, Sabah โ Komitmen membantu mangsa kebakaran terus diperkukuh apabila Sabah Relief dan rakan kolaborasi hari ini melaksanakan misi bantuan fasa kedua dengan jumlah sumbangan bernilai RM25,000.00, menjadikan keseluruhan bantuan yang telah disalurkan setakat ini mencecah RM38,000.00.
Program penyerahan sumbangan ini melibatkan beberapa lokasi utama termasuk PPS Dewan Kampung Air, Dewan PPR Batu Sapi, serta tapak lokasi kebakaran Kg Bahagia yang kini menjadi tumpuan utama usaha pemulihan mangsa.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Dr Aliakbar Gulasan selaku Penaung Sabah Relief, Ust Tarmizi Yahya selaku Pengarah Urusan Sabah Relief serta Encik Sahar Abdul Majid selaku Pengarah Khidmat Malaysia Negeri Sabah.
Kehadiran pimpinan ini memperlihatkan keseriusan semua pihak dalam memastikan kebajikan mangsa terus terbela, khususnya dalam fasa kritikal selepas penutupan pusat pemindahan sementara.
Dalam operasi kali ini, sebanyak 135 set bakul makanan, kit ibadah, serta barangan keperluan bayi dan wanita telah diagihkan kepada mangsa yang masih berada di PPS. Manakala di tapak kebakaran Kg Bahagia, sebanyak 1,000 pek makanan telah diedarkan bagi membantu mangsa yang sedang membina tempat perlindungan sementara.
Tinjauan di lapangan mendapati, sebahagian mangsa kini berdepan cabaran baharu apabila terpaksa meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan selepas PPS ditutup.
Sabah Relief merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang serta rakan strategik termasuk Khidmat Malaysia, Muslim Care Malaysia, Untuk Mu Sandakan dan semua rakan NGO yang terlibat.
Tidak dilupakan juga kepada para sukarelawan yang bertungkus-lumus di lapangan dalam memastikan setiap bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Orang ramai yang ingin terus menyokong usaha ini boleh menyalurkan sumbangan melalui pautan rasmi di bawah.
๐ SUMBANG SEKARANG
Pimpinan turun padang menyampaikan bantuan kepada mangsa
Antara bantuan yang diagihkan kepada mangsa kebakaran
Mangsa kini memulakan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan
โKami sangat bersyukur dengan bantuan iniโฆ sekurang-kurangnya ada makanan untuk anak-anak. Tapi perjalanan kami masih panjang, kami masih perlukan sokongan semua.โ
Mangsa meluahkan rasa syukur atas bantuan yang diterima
Sukarelawan yang menjadi tulang belakang kejayaan misi bantuan ini
๐ณ Atau pindahan bank:
๐ฆ ๐ ๐ฎ๐๐ฏ๐ฎ๐ป๐ธ
5602 3212 7652
(Pertubuhan Penggerak Kebajikan & Dakwah Sabah)
๐ Rujukan: Kebakaran Sandakan
๐ฆ ๐ ๐ฎ๐๐ฏ๐ฎ๐ป๐ธ
5602 3212 7652
(Pertubuhan Penggerak Kebajikan & Dakwah Sabah)
๐ Rujukan: Kebakaran Sandakan
Teruskan sokongan anda untuk mangsa kebakaran Sandakan
๐ ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฎ๐ป:
Ustaz Tarmizi: 013-898 5308
Ustaz Tarmizi: 013-898 5308
