Sabah Relief Agih Sumbangan Bernilai RM13,000 Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia Sandakan
Sandakan, Sabah โ Sabah Relief telah mengagihkan sumbangan berjumlah RM13,000 kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan dalam satu operasi bantuan yang diselaraskan secara tersusun oleh Khidmat Malaysia Negeri Sabah bersama rakan kolaborasi yang lain.
Agihan bantuan telah dilaksanakan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan ratusan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran tersebut. Bantuan ini memberi kelegaan awal kepada keluarga terjejas yang kini berlindung di PPS sekitar Sandakan.
Menurut Setiausaha Sabah Relief, Hasruddin Syamsuddin, kejayaan misi ini hasil persiapan rapi dan komitmen tinggi para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus sejak awal sejurus kebakaran berlaku.
โSetiap bantuan disusun, diperiksa dan diagihkan mengikut keperluan bagi memastikan ia sampai tepat kepada penerima,โ jelas beliau.
Sumbangan yang diagihkan merangkumi:
โช๏ธ Makanan & dapur rakyat
โช๏ธ Bantuan keluarga terjejas
โช๏ธ Keperluan asas & pakaian
โช๏ธ Sokongan pendidikan anak-anak
Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban fizikal, tetapi turut memberi sokongan moral kepada mangsa yang sedang melalui detik sukar.
Misi ini membawa mesej solidariti dan kebersamaan, membuktikan bahawa masyarakat masih cakna dan bersatu dalam membantu mereka yang ditimpa musibah.
Sabah Relief turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan kolaborasi termasuk Khidmat Malaysia, Muslim Care Malaysia Society, Ikhlas Care, PKSU, Pertubuhan Khidmat Sabah, PAPISMA Sabah, Nisa Sabah dan Untukmu Sandakan serta semua penyumbang yang menjayakan usaha ini.
Sabah Relief memaklumkan bahawa pihaknya masih membuka ruang sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran Kg Bahagia untuk fasa pemulihan seterusnya.
๐ ๐ฆ๐ฎ๐น๐๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป & ๐ถ๐ธ๐๐๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ ๐๐ถ๐ป๐ถ:
๐ SUMBANG SEKARANG

Senarai PPS terlibat:
โข PPS PPR Batu Sapi โ 47 penerima
โข SK Gas โ 42 penerima
โข SK Bahagia โ 23 penerima
โข SMK Batu Sapi โ 24 penerima
โข SK Karamunting โ 42 penerima
โข Dewan Sibuga โ 45 penerima
โข Dewan Warga Tua โ 35 penerima
โข SMK Tiong Hua โ 129 penerima
Menurut Setiausaha Sabah Relief, Hasruddin Syamsuddin, kejayaan misi ini hasil persiapan rapi dan komitmen tinggi para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus sejak awal sejurus kebakaran berlaku.
โSetiap bantuan disusun, diperiksa dan diagihkan mengikut keperluan bagi memastikan ia sampai tepat kepada penerima,โ jelas beliau.
Sumbangan yang diagihkan merangkumi:
โช๏ธ Makanan & dapur rakyat
โช๏ธ Bantuan keluarga terjejas
โช๏ธ Keperluan asas & pakaian
โช๏ธ Sokongan pendidikan anak-anak
Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban fizikal, tetapi turut memberi sokongan moral kepada mangsa yang sedang melalui detik sukar.
Misi ini membawa mesej solidariti dan kebersamaan, membuktikan bahawa masyarakat masih cakna dan bersatu dalam membantu mereka yang ditimpa musibah.
Sabah Relief turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan kolaborasi termasuk Khidmat Malaysia, Muslim Care Malaysia Society, Ikhlas Care, PKSU, Pertubuhan Khidmat Sabah, PAPISMA Sabah, Nisa Sabah dan Untukmu Sandakan serta semua penyumbang yang menjayakan usaha ini.
Sabah Relief memaklumkan bahawa pihaknya masih membuka ruang sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran Kg Bahagia untuk fasa pemulihan seterusnya.
๐ ๐ฆ๐ฎ๐น๐๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป & ๐ถ๐ธ๐๐๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ ๐๐ถ๐ป๐ถ:
๐ SUMBANG SEKARANG
๐ณ Atau terus menyumbang:
๐ฆ ๐ ๐ฎ๐๐ฏ๐ฎ๐ป๐ธ
5602 3212 7652
(Pertubuhan Penggerak Kebajikan & Dakwah Islam Sabah)
๐ Rujukan: Kg Bahagia
๐ฒ Scan QR DuitNow pada poster rasmi

๐ ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฎ๐ป:
Ustaz Tarmizi: 013-898 5308
En Idris: 016-886 5471
Ustaz Tarmizi: 013-898 5308
En Idris: 016-886 5471